Sila klik mana-mana satu link berikut untuk download borang dan syarat-syarat penting pencalonan.
http://www.mediafire.com/?t175wy5dtnzeqzk
http://www.mediafire.com/file/t175wy5dtnzeqzk/Microsoft%20Word%20-%20BORANG%20PENCALONAN%20JAWATANKUASA%20PIBG%2020112013.pdf
Dengan segala hormatnya, tuan/puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat Agong PIBG mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 21 Mei 2011 (Sabtu)
Masa : 7.30 Pagi
Tempat : Dewan SMK Kundasang
Untuk makluman tuan/puan, Ahli Jawatan Kuasa Pilihanraya Mesyuarat Agong telah membuat pembaharuan pemilihan kali ini iaitu dengan mengadakan pencalonan sebelum mesyuarat Agong PIBG. Jawatan-jawatan yang dipertandingkan ialah Yang Dipertua PIBG, Timbalan Yang Dipertua PIBG dan 15 Ahli Jawatankuasa Tertinggi.
Berikut adalah maklumat penting pelaksanaan pemilihan kali ini.
1. Tarikh akhir penghantaran borang pencalonan pada 18hb. Mei 2011 (Rabu) hendaklah dihantar ke Pejabat Pentadbiran SMK Kundasang.
2. Setiap pencalonan mestilah mempunyai pencadang dan penyokong serta nombor perhubungan. Calon-calon akan dihubungi untuk kesahihan pencalonan.
3. Pengundian akan dibuat pada tarikh mesyuarat Agong.
4. Pengiraan undi akan dijalankan selepas sahaja YDP Pengerusi PIBG 2009/2011 mengumumkan pembubaran AJK PIBG 2009/2011.
5. Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan En. Haili Salim (0198304026), En. Sabri Amat (0148627980), En. Yusak Gopog (0135558078), En. Al Zubir Rusinin (0138758700)
Kehadiran tuan / puan dalam perkara ini amat diharapkan dan dihargai.

